Cara menukar milik nama kenderaan syarikat kepada nama persendirian di JPJ
Setiap kenderaan yang hendak ditukar milik atau nama perlu menjalani pemeriksaan did puspakom sebelum sebarang urusan tukar milik di JPJ dilakukan.
Setiap kenderaan syarikat yang hendak ditukar milik perlu mempunyai surat kuasa wakil rasmi yang dilantik oleh syarikat. Wakil syarikat tidak boleh dilantik dari penama yang hendak ditukarkan namanya.
Setelah semua urusan surat wakil Dan keputusan kelulusan Dari puspakom telah tersedia anda boleh terus ke pejabat JPJ Negeri untuk membuat pertukaran nama dengan membawa semua dokumen tadi bersama-sama dokumen-dokumen syarikat yang lain seperti
Salinan Borang 49,
Salinan Resolusi / Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan,
Borang 9 Atau Borang 13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan);
Atau
Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan);
Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan Motor.
Urusan pertukaran nama pemilik ini hanya boleh dilakukan hanya di pejabat JPJ Negeri Sahaja.
Semoga dapat membantu anda..
Nak kami bantu uruskan pemeriksaan kereta anda?
Click WhatsApp
Nak call kami tekan sini
0 Ulasan