Cara tukar status kenderaan e hailing ke persendirian
Cara nak batalkan e hailing dan tukarkan kenderaan kta dari kenderaan e hailing ke kenderaan biasa. Untuk menukar status kenderaan dari e hailling ke kenderaan biasa tidak lah terlalu rumit seperti yang orang katakan jika kita ikut segala prosedur.
Ikuti 3 langkah mudah ini.
1. Hubungi syarikat e hailling anda untuk batalkan EVP (Electronic Vehicle Permit) anda. Bila permohonan anda diluluskan, pihak syarikat e hailling anda akan menghantar surat penamatan melalui email anda.
2. Setelah selesai membuat pembatalan EVP , kenderaan anda perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan tukar kegunaan kenderaan. Setelah lulus pemeriksaan di PUSPAKOM anda akan mendapat keputusan dari pihak PUSPAKOM dan keputusan itu hanya sah untuk tempoh 30 hari sahaja.
3. Bawa keputusan pemeriksaan PUSPAKOM yang telah lulus ke JPJ bersama surat pembatalan dari syarikat e hailling untuk menukar status kenderaan dan dapatkan roadtax baru.
Nak kami bantu uruskan pemeriksaan kereta anda?
Click WhatsApp
Nak call kami tekan sini
0 Ulasan